Thursday 30 September 2010

K-Link International -PRODUK2 GAMAT

PENGENALAN

Gamat atau dikenali sebagai Mentimun laut Emas, sangat popular sebagai makhluk laut yang memberi penyembuhan dan kesan perubatan. Ramai penduduk Langkawi telah lama menggunakan dan mengamalkan kebaikan ekstrak gamat. Mereka mempercayai ia merupakan ubat atau penawar yang sempurna untuk menghilangkan luka-luka, sakit-sakit dan radang.

Kajian bersama di antara Universiti Malaya , Universiti Kyoto dan Universiti Nihon, Tokyo, Jepun yang menjalankan lebih daripada 10 tahun telah menemui unsur-unsur aktif dan kebaikan gamat untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia sejagat.

Selain daripada keberkesanannya yang terbukti dalam meningkatan ketahanan badan terhadap pelbagai penyakit seperti selsama, ia juga membantu mengawal kolestrol , artritis reumatoid dan kencing manis. Ia juga mengandungi faktor pertumbuhan sel yang berupaya mempercepatkan regenerasi sel biologikal , tulang , kolagen dan memperbaharui kulit.

Dengan menggunakan teknologi terkini dalam sains farmaseutikal, kami telah mengekstrak intipati gamat dan menemui generasi baru produk yang disediakan secara saintifik melalui unsur pembersihan ini, supaya orang ramai dapat menikmati keistimewaan gamat.

*katalog k-link*

No comments:

Post a Comment